Tuesday, January 21, 2014

Layak tak kalau aku nak share?

Malam ni aku dapat rasa diri aku makin dekat.mungkin dah sampai masa mahu mati.aku banyak dosa.segala jenis dosa aku ada.tapi sebelum tidur,jantung aku berderau.berdebar dan terbayang malaikat maut datang.takut masuk api neraka.terkena iron pun dah parkinson sebab sakit ini kan pula api neraka.tapi..aku pernah baca..kalau kita menyesali atau teringat dosa kita sebelum tidur,maknanya iman kita masih ada cuma nipis sahaja :)

Aku ada instagram.kengkadang aku suka menunjuk apa aku ada tanpa sedar.dah terbit perasaan riak.aku pernah baca,kita post apa yang kita ada,padahal orang lain tak ada..kita bangga baru dapat bonus,orang lain susah payah.aku berfikir tentang hidup.kalau aku rasa tak kena,aku delete gambar tu.sebab tu dekat insta sebolehnya aku letak gambar hubungan kasih sayang aku.antara manusia.antara anak anak buah aku.antara kawan rapat aku.antara keluarga.aku bangga ada keluarga yang sempurna kasih sayang :) kawan kawan yang ikhlas.alhamdulillah.aku takut terlalu expose dengan kisah perasaan.aku takut kemudian hari aku malu.sikit sikit expose,terdetik perasaan orang.ni kalau dah pegang tangan,lentok lentok kepala,bercuti sama, dah bertandang rumah,kalau tak kahwin jugak taktaulah.secara tak langsung,orang mendoakan hubungan tu terputus.orang meluat mana kita tahu kan.yang penting,doa.dalam diam orang pun mendoakan hubungan halal itu kan.2 tahun aku simpan rahsia.sekarang ni pecahlah rahsia sikit sikit.hahaha

Aku ada satu rahsia.aku bukanlah alim ulama tapi hidup aku rasa serba cukup walaupun aku tak semewah mana.masa aku bermaustautin di penang,aku sebilik dengan seorang manusia.aku suka tengok dia.sambil dia mengaji sambil dia baca makna.lama dia berteleku atas sejadah.aku terdetik satu perkara

Kemudian abah hadiahkan 1 alquran besar beserta makna.setiap hari aku baca walaupun sebelah muka surat.dengan syarat, baca sekali makna surah.pernah aku menggigil sebab baca maksud kalimah allah tu.seram.nangis.entah.aku bukan alim ulama tapi kengkadang aku cerita semua makna tu dengan jejaka jejai.mungkin dia orang yang paling dekat dengan aku ;) mudah nak bercerita

Setiap kali aku nak buat kerja aku baca doa.tadah tangan semoga allah tolong aku.even masa tu depan komputer.masa aku nak jawab exam dulu pun aku harapkan doa mak aku je.sanggup tak masuk dewan exam kalau tak cakap dengan mak aku.sejahat jahat aku dulu,doa mak tetap no 1.aku bukanlah manusia bijak tapi itulah aku cakap..rezeki aku mencurah curah sebab doa mak aku.bukan sebab aku tapi mak.engkorang janganlah tinggi suara ke apa.nikmat hidup kau ditarik sebab mak kau terasa hati

Berbalik kes tadi,setiap kali aku hadap komputer,aku tadah tangan ikhlas.mudahkan kerja aku,kawan kawan aku,mudahkan kerja jejaka jejai jugak.eh tetiba.aku tak pernah rasa sesulit mana kerja tu kalau ada dalam hati ikhlas..ikhlas lillahitaala.aku nak bagi mak abah makan dengan hasil penat aku.aku nak belanja kawan kawan aku.takkan aku nak kerja sambil lewa?plus,company aku tak kisah kau nak solat berapa kali.tapi secara logik,rehat dah 1 jam.solat zohor kau amek lagi 1 jam sebab kau gosip kat surau.kang asar lagi.kau tak rasa mencuri tulang ke?bak kata sepupu aku,cik hukiza hussain..biar kita lebih kerja jangan kurang kerja.keberkatan tu lain manisnya

Sebelum aku kerja logistik company, ada 1 pakcik tu.pesan kat aku..setiap kali dapat gaji,bagi sedekah kat masjid.aku pernah baca,ibu bapa yang bersedekah,anaknya itu akan mendengar setiap katanya :)

Hari hari aku naik KTM.setiap hari jumaat,ramai baca al quran dalam tren.seronok.aku memula macam bataking but now aku try.setiap jumaat baca surah kahfi.juzuk ke 15 tak silap.surah ni untuk buat rezeki kita murah.aku pernah alami sendiri.sepatutnya team leader aku dah boleh maki gila gila aku.tapi aku baca surah ni sikit.dengan harapan aku tak dimalukan ke apa.engkorang kena faham,aku buat akaun nike.bukanlah dabik dada tapi aku uruskan nike dari malaysia ke dubai,afrika,lebanon and etc.kerja aku nokharom jugak susah.dan waktu tu aku mudahlah buat salah.dengan bacaan quran yang aku download kat handphone,aku berharap sangat team leader aku tak perasan salah aku.dengan syarat,aku kena perbetulkan silap aku.tapi serious weyh..team leader aku tu cakap lembut je dengan aku.tak jadi marah.surah kahfi tu ibarat penyejuk hati jugakla.kehebatan surah ni pun aku tahu dari insta abby abadi.hihi

Masa U dulu pun aku tak amalkan apa aku buat sekarang.entahlah.mengajilah.bacaan tajwid.ikhlaskan hati.siapa yang baca al baqarah setiap hari 10 ayat,allah akan lindung dia dari pagi sampai ke malam. Aku amalkan.entahlah.terasa allah tu selalu tolong.

Aku riding dari rumah dalam 640am.banyak kereta.aku naik motor.aku hampir accident tapi entahlah.allah tolong.orang tak jadi langgar.kau nampak aku macam ni.aku ni boleh tahan rempit jugal tau.ikutkan berpuluh kali aku accident tapi macam allah tu tolong.naik motor aku baca ayat kursi.baca dengan tajwid dan makhraj.sambil tu selawat.10 kali kita selawat,allah sebut nama kita 10 kali.ingat..kau masuk syurga bukan sebab amalan kau tapi sebab rahmat allah dan syafaat nabi muhammad

Entahlah.kat office,colleagues aku selalu tanya,apa eh nak baca supaya kerja mudah.apa eh nak baca kalau hati tenang.apa eh nak baca kalau rezeki banyak.aku suggest sikit sikit sebab aku pun membaca dekat FB,insta,twitter.aku download doa doa yang mudah.dalam tren aku baca.entahlah.mungkin sebab tu aku rasa rezeki ru sentiasa ada dan urusan duniawi aku mudah.

Macam aku mentioned,solat lima waktu,mengajilah sikit walaupun hanya sepotong ayat.mungkin kau akan rasa nikmat hidup macam aku rasa :) betul kata ulama,hidup ni berpandu quran dan sunnah :)

Selamat mencuba!

Tuesday, December 3, 2013

Orang tak tahu

Orang rasa hati aku besi tapi orang tak tau hati aku mudah terpijak

Thursday, November 21, 2013

Sakit

can you let your shoulders for while?i need that now :(

Theres no one hear me :(

Saturday, November 16, 2013

Thursday, November 14, 2013

Lalalala...kerana kau lah peyelamat yang akan sentiasa dihati..

Tuesday, November 12, 2013

Friday, November 8, 2013

Awak mesti tak ingat kan..
Biar saya ingat kan..happy anniversary..yang ke-2 1 bulan..
There only 1 thing..
2 say..
Those 3 words..
4 you..
Ily..
Saya nak bagi sepatah dua kata..
Honeybee..sepatah,
Love you..dua kata..